Single Blog Title

This is a single blog caption
24 Mar

Airbnb Cabaran Baharu MyBha

 

Yean Fu (tiga,kiri) menyampaikan cenderahati kepada Siew Kiong (dua,kanan).

Yean Fu (tiga,kiri) menyampaikan cenderahati kepada Siew Kiong (dua,kanan).

AZLINA OTHMAN
24 MAC 2018
Sumber: SINAR HARIAN ONLINE

GELANG PATAH – Kewujudan perkhidmatan penyewaan rumah percutian dalam talian, Airbnb menjadi antara cabaran besar yang dihadapi Persatuan Hotel Bajet (MyBha) Johor sejak kebelakangan ini.

Pengerusi MyBha negeri, Lee Yean Fu berkata, perkhidmatan yang belum tertakluk dalam rang undang-undang itu menawarkan kadar penginapan yang lebih murah.

“Pelancong lebih gemar menggunakan perkhidmatan Airbnb kerana harga yang ditawarkan lebih rendah untuk satu rumah atau mungkin boleh dirunding sekiranya dihuni dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan permasalah yang dihadapi kira-kira 230 operator hotel yang berdaftar dengan MyBha Johor kepada Exco Pelancongan negeri, Datuk Tee Siew Kiong semasa Mesyuarat Agung Tahunan MyBha Johor di Hotel Holmes, di sini, petang tadi.

Berikutan itu, Yean Fu meminta, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil peranan untuk mengatasi permasalahan ini.

“Banyak pihak yang yang melanggar undang-undang apabila menyediakan rumah mereka sebagai Airbnb apabila tidak bercadang untuk tinggal di situ walaupun sedar ia adalah salah.

“Oleh itu, kami minta PBT ambil tindakan tegas untuk mengawal masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Siew Kiong menggesa persatuan mengumpulkan data dan maklumat berkaitan untuk disalurkan.

“Persatuan boleh bekerjasama dengan PBT untuk mengadakan dialog dan sebagainya.

“Persatuan juga perlu memberikan bukti yang ketara terhadap tuntutan mereka bahawa Airbnb adalah punca kejatuhan dalam perniagaan mereka,” katanya.

Leave a Reply