Single Blog Title

This is a single blog caption
9 Apr

BANTUAN BUKTI KERAJAAN PRIHATIN KEPADA PKS

Bantuan bukti kerajaan prihatin kepada PKS

Norshahzura Mat Zuki

Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) yang mewakili pengusaha hotel 3 bintang ke bawah menyambut baik pengumuman Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) PKS dalam membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Presidennya, Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, MyBHA berkeyakinan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menunjukkan kerajaan prihatin kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia memberikan kelegaan kepada pengusaha hotel bajet secara khasnya dan industri pelancongan secara amnya dalam usaha untuk terus menjalankan perniagaan yang terjejas akibat penularan kronavirus (Covid-19),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, MYBHA juga memohon agar kerajaan mengkaji semula dan melaksanakan beberapa penambahbaikkan terhadap Langkah Tambahan Prihatin tersebut dengan mengambil kira beberapa aspek penting.

“Contohnya seperti memberi diskaun untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi majikan dan memberi diskaun yang lebih tinggi bagi penggunaan elektrik yang merupakan salah satu perbelanjaan besar operasi hotel.

“Kami juga meminta semua pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk memberi pengecualian terhadap cukai taksiran Julai sehingga Disember 2020 untuk semua premis hotel,” katanya.

Leave a Reply