National Deputy President Message

vice

Persatuan Budget Hotel Malaysia (MyBHA) di tubuhkan pada tahun 2001 dengan usahasama Kementerian Pelancongan Malaysia, ketika itu dibawah Menteri nya YBhg. Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ia lah untuk menjaga kepentingan hotel hotel yang taraf dua bintang ke bawah.

Tujuan utama ketika itu memandangkan terdapat banyak hotel tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan sudah tentu tidak dapat kepastian berapa buah hotel dan juga bilangan bilik terdapat di seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya MyBHA ianya tampil sebagai penggerak kepada kemajuan industri pelancongan di negara ini dalam membantu mencapai sasaran Kementerian Pelancongan.

Setakat ini MyBHA mempunyai 2000 ahli yang berdaftar terdiri daripada pemilik hotel bajet bertaraf 3 bintang kebawah  termasuk 3 Orkid kebawah.

Dengan kemudahan 60,000 bilik hotel di seluruh negara, kita berharap jumlahnya akan sentiasa meningkat.

Justeru, kita menjemput pemilik  hotel yang masih belum berdaftar dengan MyBHA dapat menyertai kami agar MyBHA dan menjadi satu persatuan yang positif dan kuat demi kebaikkan ahli ahli nya.

Berbakti demi ahli ahli MyBHA

 

HJH EMMY SURAYA HUSSEIN

TIMBALAN PRESIDEN