Pembentangan Kempen Visit Negeri Sembilan via MyBHA N9

Pembentangan Kempen Visit Negeri Sembilan via MyBHA N9 pada Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan
29 Oct

Pembentangan Kempen Visit Negeri Sembilan via MyBHA N9

30092019
Bilik Gerakan Negeri,
Wisma Negeri, Seremban

Pembentangan Kempen Visit Negeri Sembilan via MyBHA N9 pada Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan : Pengerusi Mesyuarat – YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Exco Pelancongan Negeri Sembilan : Kehadiran MyBHA N9 diketuai oleh Mr Suresh Armugam, Presiden. Pembentangan Kempen oleh Mr Ahmad Fairul b. Ibrahim, Penasihat Kehormat. Turut hadir Mr Alvis Foong, Bendahari Kehormat dan Mr John Heng, Timbalan Setiausaha Kehormat.

Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri pada hari ini bersetuju mengangkat Kempen ini sebagai Kempen promosi pelancongan di Peringkat negeri. Sehubungan itu, Jawatankuasa bersetuju syor yang dibawa iaitu Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan sebagai Badan Penasihat Induk manakala Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan mempengerusikan Mesyuarat Badan Penasihat dengan senarai ahli mesyuarat yang ditetapkan. MyBHA N9 akan menjadi urusetia bagi Kempen tersebut. Kempen ini melibatkan 2 elemen utama iaitu Projek Tourism Pasport to NS dan Pakej Pelancongan NS via MyBHA N9. YAB Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Sembilan mengucapkan tahniah di atas usaha dari MyBHA N9 ini.

Leave a Reply